Jika suka jom jadi pengikut blog ini

Khamis, 15 November 2012

PROGRAM KAJIAN KEMBARA PRASEKOLAH

PROGRAM KAJIAN KEMBARA PRASEKOLAH
( Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira )
Jabatan Pelajaran Perak , 2011.

Pendahuluan

Penilaian dan pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pengajaran
dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan untuk mengenal pasti
pelbagai kecerdasan dan potensi murid supaya perkembangan mereka dapat
diperkukuhkan dan dipertingkatkan.

Selain daripada itu, penilaian dan pentaksiran ialah satu proses pengumpulan
maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan
pelbagai kaedah dan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot
dan rekod berterusan.

Justeru itu, Kajian KEMBARA Prasekolah yang mengambil konsep penilaian
dan pentaksiran dijalankan secara berterusan di sekolah untuk mengumpul data
dan tahap pencapaian dan penguasaan murid dalam kemahiran membaca,
menulis dan mengira. Keberkesanan analisis dan maklumat daripada kajian yang
telah dijalankan pada tahun 2008 dan 2009 menunjukkan peningkatan tahap
penguasaan murid prasekolah, maka kajian ini diteruskan pada tahun 2011.

Hasil kajian yang telah dilaksanakan membolehkan pihak Jabatan Pelajaran Perak
mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru
prasekolah meningkatkan pedagogi di dalam kelas supaya perkembangan potensi
murid ke tahap optimum dapat dicapai.

Mengesan dan mengenalpasti perkembangan murid prasekolah dari
segi kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Membantu guru mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid
dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.

Merancang aktiviti pengajaran
keperluan perkembangan murid.

Membantu guru mengesan keberkesanan
pembelajaran di dalam kelas prasekolah.

dan

pembelajaran

mengikut

pengajaran

MANUAL PELAKSANAAN KEMBARA
( Kemahiran Menulis, Membaca dan Mengira)

Kajian KEMBARA ini dijalankan untuk semua murid prasekolah di sekolah
kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan negeri Perak bertujuan untuk
mengesan tahap penguasaan kemahiran menulis,membaca dan mengira
murid prasekolah KPM.

Pelaksanaan kajian adalah berasaskan hasil pembelajaran yang
terkandung di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia (Kemahiran Membaca dan
Menulis )

Tunjang Sains dan Teknologi ( Matematik )

Guru boleh menggunakan edaran yang dibekalkan dan bahan lain
yang difikirkan sesuai untuk mengenal pasti dan menilai tahap
penguasaan murid.

Untuk kemahiran tulisan, penilaian adalah berasaskan hasil kerja
murid dari semasa ke semasa.

Skala pengukuran yang digunakan adalah berdasarkan pentaksiran
Prasekolah Kebangsaan.

1 – Belum Menguasai

2 – Telah Menguasai

Borang Kajian KEMBARA hendaklah dilengkapkan dan hantar sesalinan
ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p: Pegawai Khas Akademik
Prasekolah) sebelum atau pada 23 MEI 2011.

MANUAL PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN FASA 1 TAHUN 2011

1. Kajian Pentaksiran Fasa 1 Negeri Perak 2011 ini dijalankan untuk semua
murid prasekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan
negeri Perak bertujuan untuk mengesan tahap penguasaan murid prasekolah
KPM dalam kemahiran membaca,menulis dan mengira.

Pelaksanaan kajian adalah berasaskan hasil pembelajaran yang
terkandung di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia
~ Kemahiran Membaca
~ Kemahiran Menulis

Tunjang Sains dan Teknologi ( Matematik )
~ Mengelas, Membanding dan Memadan
~ Operasi Nombor 1-10
~ Operasi Nombor 11-20

Guru boleh menggunakan edaran yang dibekalkan dan bahan lain
yang difikirkan sesuai untuk mengenal pasti dan menilai tahap
penguasaan murid.

Untuk kemahiran tulisan, penilaian adalah berasaskan hasil kerja
murid dari semasa ke semasa.

Skala pengukuran yang digunakan adalah berdasarkan pentaksiran
Prasekolah Kebangsaan.

1 – Belum Menguasai
2 – Telah Menguasai

4. Bagi Bahasa Malaysia -
i) Kemahiran Menulis ► Soalan 1 dan 2 - mengandungi 10 soalan
► Soalan 3 hingga 4 - mengandungi 5 soalan
► Soalan 5 - hanya 3 soalan

Tahap penguasaan murid boleh dirujuk mengikut skala pada setiap
muka surat untuk soalan berkenaan.

Skala Keseluruhan:

1- Belum Menguasai (BM) – murid hanya dapat menjawab mana-mana 0-3
soalan berdasarkan skala pada setiap muka surat.
2- Telah Menguasai (TM) – murid dapat menjawab 4 dan ke atas (iaitu 4-5)
soalan berdasarkan skala pada setiap muka surat.

ii) Kemahiran Membaca ► Jumlah soalan untuk setiap bahagian adalah
berbeza (rujuk soalan)

Tahap penguasaan murid boleh dirujuk mengikut skala pada setiap muka surat
untuk soalan berkenaan.

Bagi kemahiran 3.13 - dikira murid telah menguasai (secara automatik) jika mereka telah
menguasai Kemahiran 3.15 dan Kemahiran 3.16.

Skala Keseluruhan:

1- Belum Menguasai – murid hanya dapat menjawab mana-mana 0 - 4 soalan
berdasarkan skala pada setiap muka surat.
2- Telah Menguasai – murid dapat menjawab 5 dan ke atas (iaitu 5 - 8)
soalan berdasarkan skala pada setiap muka surat.

5. Bagi Matematik ► Soalan 1 hingga 6 - mengandungi 5 soalan.
Tahap penguasaan murid dinilai mengikut markah dan skala berikut:
0 - 2 – Belum Menguasai
3 - 5 – Telah Menguasai

Skala Keseluruhan:

1- Belum Menguasai – murid hanya dapat menjawab mana-mana 0- 3
soalan berdasarkan skala pada setiap muka surat.
2- Telah Menguasai – murid dapat menjawab 4 dan ke atas (iaitu 4-6)
soalan berdasarkan skala pada setiap muka surat.

6. Borang Skala Penguasaan BM dan Matematik hendaklah dilengkapkan dan
hantar sesalinan ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p: Pegawai
Khas Akademik Prasekolah) sebelum atau pada 23 Mei 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan