Jika suka jom jadi pengikut blog ini

Khamis, 4 Oktober 2012

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

PENGENALAN Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah dibentuk berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penekanan diberi kepada bahasa merentas semua tunjang kerana penguasaan bahasa amat penting dalam proses pembelajaran. Penguasaan kemahiran bahasa diperolehi melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kecekapan berbahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan. Pelaksanaan kurikulum secara bersepadu dirancang melalui pendekatan Amalan yang Bersesuaian dengan Perkembangan Murid (ABP). Amalan yang Bersesuaian dengan Perkembangan murid adalah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid. Pendekatan kurikulum yang berfokus kepada hasil pembelajaran (outcome-based learning) memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperolehi dan dicapai oleh murid. ENAM TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Tunjang Komunikasi Tunjang Kerohanian Tunjang Sains dan Teknologi Tunjang Ketrampilan Diri Tunjang Kerohanian Tunjang Fizikal Dan Estetika PENDEKATAN YANG DI GUNAKAN DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN Pendekatan Dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Murid-murid prasekolah berada di peringkat tahap perkembangan praoperasi. Dalam tahap perkembangan ini biasanya mereka belajar dengan aktif dan memerlukan pengalaman yang berterusan serta penglibatan secara langsung yang akan membantu proses perkembangan bahasa, kognitif, sosial dan fizikal mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak berupaya menggunakan simbol (imej) atau perkataan serta mempunyai persepsi secara logik. Mereka juga bersifat egosentrik iaitu melihat persekitaran mengikut persepsi mereka sendiri. Pengalaman pembelajaran melalui komponen deria iaitu penglihatan, pendengaran, bau, sentuh dan rasa, melalui pendekatan belajar melalui main dan belajar melalui pengalaman, membantu proses pembelajaran yang lebih optimum dan menjadikan pembelajaran itu berkesan dan bermakna. Seterusnya pendekatan pengajaran dan pembelajaran merangkumi pendekatan bertema dan bersepadu serta penggunaan media teknologi maklumat dan komunikasi sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara salah satu contoh pendekatan yang di gunakan ialah : Pendekatan Belajar Melalui Bermain Untuk makluman anda bermain menjadi fitrah atau tingkah laku semula jadi kanak-kanak. Oleh itu pendidikan prasekolah menekankan pendekatan “belajar melalui bermain” kerana melalui proses bermain mereka akan membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara langsung dan natural. Semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut, proses penerimaan sensori atau deria seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan, bau dan rasa akan teransang dan memberi satu pengalaman pembelajaran secara tidak langsung. Pengalaman seumpama ini memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina. Penekanan kepada pendekatan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan dan kanak-kanak merasa seronok untuk belajar. Melalui pendekatan ini, aspek perkembangan fizikal, sosial emosi, kokognitif dan bahasa serta potensi kanakkanak dapat ditingkatkan ke tahap yang maksimum. Konsep Bermain Bahagian Pembangunan Kurikulum menggariskan konsep “belajar melalui bermain” perlulah mengutamakan perkara-perkara berikut: i. sesuatu aktiviti yang memberi kegembiraan serta peluang kepada murid melahirkan perasaan ii. dapat murid meneroka, mencuba dan meningkatkan penguasaan kemahiran iii. murid berpeluang memberi tumpuan dan perhatian iv. membantu murid mengembangkan pertumbuhan dari segi kognitif dan psikomotor v. bebas, terancang dan selamat vi. peluang mencuba idea sendiri; Tujuan Belajar Melalui Bermain Apabila kanak-kanak belajar melalui bermain sewajarnya mereka memperoleh perkembangan yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek fizikal, sosial, emosi, kognitif dan bahasa. Tahukah anda bahawa melalui pendekatan belajar melalui bermain kanakkanak boleh mendapat banyak faedah? Faedah-faedah yang dimaksudkan adalah seperti; - mempelajari sesuatu konsep; - meningkatkan keupayaan kognitif; - meningkatkan penerokaan untuk memenuhi perasaan ingin tahu; - memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif; - membantu menyelesaikan masalah; - membina kemahiran sosial dengan rakan sebaya dan orang dewasa; - membina kemahiran fizikal serta meningkatkan motor halus dan motor kasar; - mempelajari dunia keliling mereka; - mengamalkan proses pembelajaran bahasa dan literasi - membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan; - membina konsep kendiri yang positif; - memupuk sikap bertanggungjawab kepada kehidupan dewasa kelak

1 ulasan: